24 Oktober 2021  merupakan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi pelajar Tingkatan 5. Pastinya segala persiapan dan persediaan telah dibuat untuk menerima kemasukan pelajar ke sekolah.

Saya mewakili seluruh warga SSIJB mengucapkan “Selamat Kembali ke Sekolah” buat anak-anak pelajar tingkatan 5 pada minggu hadapan. Semoga semua guru-guru dan anak-anak sentiasa mengikut garis panduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia.

Di kesempatan ini juga, saya juga ingin mengucapkan “Selamat Bertugas” buat semua guru yang telah kembali ke sekolah dan telah bersusah-payah melaksanakan persiapan bagi mematuhi “Standard Operating Procedure (SOP)” pembukaan sekolah. Pengorbanan, komitmen dan kesungguhan kalian hanya Allah SWT sahaja yang layak membalasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here