Tuan,

PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan akan dibuka pada 20 Januari 2021 kepada pelajar Tingkatan 5 tahun 2020 dan Tingkatan 6 secara bersemuka. Waktu persekolahan secara bersemuka bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

2.Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 tahun 2021, sesi persekolahan akan dilaksanakan melalui pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Waktu PdPR bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari. Jadual waktu PdPR akan dikongsikan oleh guru kelas masing – masing di dalam ’whatapps group’ dan PIBK.

3.Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa / penjaga agar dapat memastikan anak-anak jagaan berada di dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tiada gejala awal Covid-19 sebelum hadir ke sekolah. Saringan kesihatan akan dilakukan kepada semua warga sekolah di pintu masuk sekolah sesi persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan 37.5℃ atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

4.Oleh itu, murid-murid dinasihati supaya mematuhi dan mengamalkan norma baharu kehidupan. Keprihatinan dan kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(RAZALI BIN TAMADI)
Pengetua
SMK Sultan Ismail
Johor Bahru
Johor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here