International UTM Bridge Competition 2017

Pada 26 hingga 29 Mac 2017 yang lepas, SSI telah menyertai International UTM Bridge Model Competition bertempat di UTM, Johor. Daripada 300 penyertaan, pasukan SSI telah berjaya menjadi finalis bersama-sama 72 buah pasukan yang lain. Selama 3 hari berkampung di UTM, peserta pertandingan dikehendaki membina model jambatan, menyediakan landskap jambatan, membuat pembentangan dengan bantuan multimedia dan menguji ketahanan jambatan.

Berdasarkan kepada 4 elemen penilaian oleh wakil juri, dalam dan luar negara yang telah dilantik, hanya 10 pasukan sahaja yang dipilih dan diumumkan sebagai yang terbaik. Pasukan SSI Majestic telah berjaya menempatkan diri dalam 10 kelompok pasukan terbaik seterusnya mendapat tempat ke-5 keseluruhan daripada 72 buah pasukan yang bertanding. Pasukan juga telah mendapat Gold Award berdasarkan jumlah markah keseluruhan yang diperolehi. Tahniah!

Pasukan SSI Majestic di anggotai oleh

Sri Ganeshwaran A/L Gunasekaran

Wan Muhd Zulhusni Bin Wan Mustafa

Mohd Ikram Zharfan Bin Mohd Asri

Kabilan A/l Raja

Jalalludin Bin Murad

   

About the Author

Leave a Reply

*